Selamat datang ke

Blog sempoi yang memaparkan isu-isu utama, berita, tips, kesihatan dll

Kejam! Gadis Dibelasah Sampai Mati Oleh 5 Lelaki Kerana Enggan Member Nombor Telefon


Terlalu kejam – itulah yang dilakukan lima lelaki terhadap seorang gadis di dalam restoran makanan segera McDonald’s yang terletak di seberang sebuah balai polis di Shandong, bandar Zhaoyuan, China.

Kejadian pada 9 malam 28 Mei itu menyaksikan lima lelaki yang datang menaiki Porche Cayenne, memasuki restoran lalu terlihat mangsa.

Mereka kemudiannya meminta nombor telefon namun mangsa enggan memberinya.

Disebabkan sakit hati, kelima-lima lelaki tersebut bertindak membelasah si gadis sampai mati termasuk menendangnya di kepala dan menghentak kepalanya hingga tiang besi patah.

Video kejadian ini menjadi viral dengan rata-rata mempertikaikan mengapa tidak ada seorang pun yang tampil membantu ketika mangsa meminta tolong.



Bagaimanapun saksi mendakwa, mereka terlalu takut untuk membantu kerana jumlah penyerang yang ramai dan mereka awal-awal lagi sudah memberi amaran supaya jangan masuk campur.

Melihat pada keberanian para penyerang membunuh di khalayak ramai, ramai menyatakan mereka dipercayai datang daripada keluarga yang berpengaruh dan tidak mustahil jika terlepas daripada hukuman.

Jika benar, adalah amat menyedihkan jika kematian gadis tersebut tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. -Sumber

Polis Mungkin Dakwa Ibu Mangsa Kanak-Kanak Dipenggal Kepala


KUALA LUMPUR:  Polis sedang melihat kemungkinan akan mendakwa ibu kepada Siti Soffea Emelda Abdullah kerana cuai sehingga mengakibatkan kanak-kanak berusia dua tahun itu dibunuh dengan kejam.

Sumber daripada pasukan penyiasatan berkata, mereka mendapati wujud kenyataan bercanggah daripada ibu kanak-kanak malang itu, Siti Salmy Suib, 32, yang mendakwa dia meninggalkan anaknya itu kepada rakannya kerana mahu ke tandas di pusat membeli-belah Kota Raya pada pukul 3 petang.

Apabila dia keluar dari tandas lima minit kemudian, Siti Salmy mendakwa anak perempuannya itu tiada bersama rakan-rakannya dan mula mencari anaknya itu.

Dia turut mendakwa hanya mengetahui apa yang berlaku selepas polis menghubunginya pada malam kejadian.

“Bagaimanapun apabila kami memeriksa rakaman CCTV, kanak-kanak perempuan itu dilihat bermain sendirian apabila suspek melarikan mangsa.

“Tidak ada kawan-kawannya disekeliling. Mungkin ada, tapi mereka tidak ada di situ ketika kanak-kanak itu dilarikan.

“Kami sedang melihat kembali kenyataan dia, mungkin dia cuba menyembunyikan sesuatu untuk lindungi dirinya,” kata sumber itu.

Tambah sumber itu lagi, rakaman CCTV menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang memerhatikan suspek membawa pergi Siti Soffea namun tidak mengambil apa-apa tindakan.

Kata sumber berkenaan, menurut hasil rakaman percakapan pengawal keselamatan itu, dia memberitahu bahawa kerap kali melihat kanak-kanak itu dijaga oleh beberapa orang yang berbeza kerana Siti Soffea dan ibunya selalu berada di tempat berkenaan.

“Kami mungkin boleh mengaitkan ibu mangsa kerana cuai apabila kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” kata sumber itu.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata, polis masih menyiasat motif di sebalik kes pembunuhan kejam itu yang berakhir apabila suspek ditemui mati lemas.

Sebelum ini mayat Siti Soffea ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun Sambanthan kira-kira pukul 9 malam.

Polis turut menemui serpihan seramik yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian.

Media sebelum ini melaporkan saksi melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak tersebut di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan sesuatu pada leher mangsa. -mStar

11 Gambar ngeri Toyota Alphard rempuh Nissan Almera di KM2.5 Setia Alam ke Bukit Raja


2 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM2.5 dari Setia Alam ke Bukit Raja berlaku pada petang semalam.

Berdasarkan gambar, salah seorang mangsa dipercayai maut, manakala mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan minima.


Kereta Toyota Alphard dipercayai dipandu dengan laju dan gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kereta Nissan Almera.
Laporan penuh menyusul...











-Sumber

[GAMBAR] Dua Maut Kereta Terbabas Di Lebuh Raya Mex




Dua maut manakala seorang lagi parah dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta di Km17 arah selatan sebelum kawasan Rehat dan Rawat Seri Kembangan di Lebuhraya MEX kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurut sumber,kejadian itu berlaku disebabkan kenderaan tersebut dipandu laju lalu terbabas dan merempuh lereng bukit di tepi lebuhraya.Mangsa maut ditempat kejadian manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan. -Sumber

[VIDEO] Pelajar Perempuan Dibelasah Sekumpulan Pelajar Samseng Dalam Sekolah




Kuala Lumpur: Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.

Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.

Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.

Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.

Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.

Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Xpe..

nanti aku nk repot polis.

Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot...so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.

Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui. -Harian Metro

Sedih! Apabila Anggota Polis Traffic Digelar Anjing Sapu Jalan


Sekarang ini ramai sangat manusia yang ringan mulut memaki-hamun anggota keselamatan yang sedang menjalankan tugas dengan pelbagai kata-kata yang kurang sedap didengari.

Seorang isteri kepada anggota polis trafik meluahkan kekecewaannya di Facebook selepas suaminya digelar anjing sapu jalan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menerusi laman sosial.

Kejadian tersebut berlaku ketika anggota polis itu sedang menyapu kaca-kaca yang berterabur di atas jalan bagi memudahkan laluan pengguna lain. -Sumber

Sekejap Haram, Sekejap Halal. Biar betul? - Cadbury


BANGI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah tercemar kerana ia tidak diambil terus dari kilang berkenaan. 

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, sebentar tadi. 

Jamil Khir berkata, tiada sebarang hasrat kerajaan untuk melindungi syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd kerana ia adalah tanggungjawab JAKIM untuk menyakinkan umat Islam.

"Untuk tindakan susulan, kita akan buat pemantauan sekali lagi secara menyeluruh di kilang berkenaan supaya produk yang dikeluarkan benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia," katanya. -BH Online

*Pesanan admin, Jangan cepat percaya dengan semua ini. Halal dan haram tidak boleh buat main-main*

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Seorang Wanita Mati Dibelasah


SHAH ALAM: Seorang lelaki dibelasah hingga mati dalam kejadian di perhentian bas Seksyen 17, di sini awal pagi semalam selepas dia dikatakan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an, dikatakan berkelakuan lucah apabila menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang melalui kawasan terbabit sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

Jurucakap polis berkata, sekumpulan lelaki yang mendengar jeritan mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap pemuda terbabit.


Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan” Jurucakap polis

“Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata, polis turut menghantar pasukan foresik ke tempat kejadian dan kini dalam proses merekodkan keterangan saksi untuk mengesan kumpulan lelaki yang memukul suspek. -BH Online
...