Selamat datang ke

Blog sempoi yang memaparkan isu-isu utama, berita, tips, kesihatan dll

Kejam! Gadis Dibelasah Sampai Mati Oleh 5 Lelaki Kerana Enggan Member Nombor Telefon


Terlalu kejam – itulah yang dilakukan lima lelaki terhadap seorang gadis di dalam restoran makanan segera McDonald’s yang terletak di seberang sebuah balai polis di Shandong, bandar Zhaoyuan, China.

Kejadian pada 9 malam 28 Mei itu menyaksikan lima lelaki yang datang menaiki Porche Cayenne, memasuki restoran lalu terlihat mangsa.

Mereka kemudiannya meminta nombor telefon namun mangsa enggan memberinya.

Disebabkan sakit hati, kelima-lima lelaki tersebut bertindak membelasah si gadis sampai mati termasuk menendangnya di kepala dan menghentak kepalanya hingga tiang besi patah.

Video kejadian ini menjadi viral dengan rata-rata mempertikaikan mengapa tidak ada seorang pun yang tampil membantu ketika mangsa meminta tolong.



Bagaimanapun saksi mendakwa, mereka terlalu takut untuk membantu kerana jumlah penyerang yang ramai dan mereka awal-awal lagi sudah memberi amaran supaya jangan masuk campur.

Melihat pada keberanian para penyerang membunuh di khalayak ramai, ramai menyatakan mereka dipercayai datang daripada keluarga yang berpengaruh dan tidak mustahil jika terlepas daripada hukuman.

Jika benar, adalah amat menyedihkan jika kematian gadis tersebut tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. -Sumber

Polis Mungkin Dakwa Ibu Mangsa Kanak-Kanak Dipenggal Kepala


KUALA LUMPUR:  Polis sedang melihat kemungkinan akan mendakwa ibu kepada Siti Soffea Emelda Abdullah kerana cuai sehingga mengakibatkan kanak-kanak berusia dua tahun itu dibunuh dengan kejam.

Sumber daripada pasukan penyiasatan berkata, mereka mendapati wujud kenyataan bercanggah daripada ibu kanak-kanak malang itu, Siti Salmy Suib, 32, yang mendakwa dia meninggalkan anaknya itu kepada rakannya kerana mahu ke tandas di pusat membeli-belah Kota Raya pada pukul 3 petang.

Apabila dia keluar dari tandas lima minit kemudian, Siti Salmy mendakwa anak perempuannya itu tiada bersama rakan-rakannya dan mula mencari anaknya itu.

Dia turut mendakwa hanya mengetahui apa yang berlaku selepas polis menghubunginya pada malam kejadian.

“Bagaimanapun apabila kami memeriksa rakaman CCTV, kanak-kanak perempuan itu dilihat bermain sendirian apabila suspek melarikan mangsa.

“Tidak ada kawan-kawannya disekeliling. Mungkin ada, tapi mereka tidak ada di situ ketika kanak-kanak itu dilarikan.

“Kami sedang melihat kembali kenyataan dia, mungkin dia cuba menyembunyikan sesuatu untuk lindungi dirinya,” kata sumber itu.

Tambah sumber itu lagi, rakaman CCTV menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang memerhatikan suspek membawa pergi Siti Soffea namun tidak mengambil apa-apa tindakan.

Kata sumber berkenaan, menurut hasil rakaman percakapan pengawal keselamatan itu, dia memberitahu bahawa kerap kali melihat kanak-kanak itu dijaga oleh beberapa orang yang berbeza kerana Siti Soffea dan ibunya selalu berada di tempat berkenaan.

“Kami mungkin boleh mengaitkan ibu mangsa kerana cuai apabila kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” kata sumber itu.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata, polis masih menyiasat motif di sebalik kes pembunuhan kejam itu yang berakhir apabila suspek ditemui mati lemas.

Sebelum ini mayat Siti Soffea ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun Sambanthan kira-kira pukul 9 malam.

Polis turut menemui serpihan seramik yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian.

Media sebelum ini melaporkan saksi melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak tersebut di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan sesuatu pada leher mangsa. -mStar

11 Gambar ngeri Toyota Alphard rempuh Nissan Almera di KM2.5 Setia Alam ke Bukit Raja


2 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM2.5 dari Setia Alam ke Bukit Raja berlaku pada petang semalam.

Berdasarkan gambar, salah seorang mangsa dipercayai maut, manakala mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan minima.


Kereta Toyota Alphard dipercayai dipandu dengan laju dan gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kereta Nissan Almera.
Laporan penuh menyusul...











-Sumber

[GAMBAR] Dua Maut Kereta Terbabas Di Lebuh Raya Mex




Dua maut manakala seorang lagi parah dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta di Km17 arah selatan sebelum kawasan Rehat dan Rawat Seri Kembangan di Lebuhraya MEX kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurut sumber,kejadian itu berlaku disebabkan kenderaan tersebut dipandu laju lalu terbabas dan merempuh lereng bukit di tepi lebuhraya.Mangsa maut ditempat kejadian manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan. -Sumber

[VIDEO] Pelajar Perempuan Dibelasah Sekumpulan Pelajar Samseng Dalam Sekolah




Kuala Lumpur: Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.

Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.

Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.

Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.

Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.

Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Xpe..

nanti aku nk repot polis.

Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot...so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.

Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui. -Harian Metro

Sedih! Apabila Anggota Polis Traffic Digelar Anjing Sapu Jalan


Sekarang ini ramai sangat manusia yang ringan mulut memaki-hamun anggota keselamatan yang sedang menjalankan tugas dengan pelbagai kata-kata yang kurang sedap didengari.

Seorang isteri kepada anggota polis trafik meluahkan kekecewaannya di Facebook selepas suaminya digelar anjing sapu jalan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menerusi laman sosial.

Kejadian tersebut berlaku ketika anggota polis itu sedang menyapu kaca-kaca yang berterabur di atas jalan bagi memudahkan laluan pengguna lain. -Sumber

Sekejap Haram, Sekejap Halal. Biar betul? - Cadbury


BANGI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah tercemar kerana ia tidak diambil terus dari kilang berkenaan. 

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, sebentar tadi. 

Jamil Khir berkata, tiada sebarang hasrat kerajaan untuk melindungi syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd kerana ia adalah tanggungjawab JAKIM untuk menyakinkan umat Islam.

"Untuk tindakan susulan, kita akan buat pemantauan sekali lagi secara menyeluruh di kilang berkenaan supaya produk yang dikeluarkan benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia," katanya. -BH Online

*Pesanan admin, Jangan cepat percaya dengan semua ini. Halal dan haram tidak boleh buat main-main*

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Seorang Wanita Mati Dibelasah


SHAH ALAM: Seorang lelaki dibelasah hingga mati dalam kejadian di perhentian bas Seksyen 17, di sini awal pagi semalam selepas dia dikatakan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an, dikatakan berkelakuan lucah apabila menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang melalui kawasan terbabit sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

Jurucakap polis berkata, sekumpulan lelaki yang mendengar jeritan mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap pemuda terbabit.


Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan” Jurucakap polis

“Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata, polis turut menghantar pasukan foresik ke tempat kejadian dan kini dalam proses merekodkan keterangan saksi untuk mengesan kumpulan lelaki yang memukul suspek. -BH Online

Peraturan Baru Cermin Gelap Tinted JPJ Mulai Jun 2014

Peraturan baru cermin gelap tinted kereta oleh JPJ mulai Jun 2014. Kadar telusan cahaya bagi cermin sisi penumpang dan belakang kenderaan diturunkan kepada 25 peratus daripada 50 peratus berkuat kuasa mulai bulan Jun 2014. Bagi cermin depan dan sisi pemandu ia bagaimanapun masing-masing kekal 70 peratus dan 50 peratus. Perkara atau pindaan itu telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Berikut adalah panduan kadar ketelusan cahaya (VLT) yang baharu ditetapkan oleh JPJ.

Peraturan Baru Cermin Gelap Tinted JPJ Mulai Jun 2014



Peraturan Lama Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap



Terdahulu, peraturan lama JPJ menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. -Sumber

Video Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau Tersebar


KOTA KINABALU: Video pergaduhan yang didakwa melibatkan penduduk tempatan dan warga asing di pekan Keningau tersebar dan heboh diperkatakan.
Video berdurasi 23 saat itu yang dipercayai dirakamkan dekat pasar ikan pekan itu pada Ahad, menunjukkan sekumpulan lelaki dikejar oleh seorang lelaki bersenjatakan skimmer ikan.

Video tersebut turut memaparkan seorang lagi lelaki yang mukanya tertiarap ke tanah dan disepak oleh seorang lagi individu di bahagian muka.

Lelaki yang cedera itu kemudiannya dilihat mengangkat kepalanya seketika sebelum rebah di atas jalan.

Jurukamera yang merakam video tersebut tidak terlibat dalam pergaduhan itu dan mungkin menyembunyikan diri dari kekecohan tersebut.






Polis pada Selasa mengesahkan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun telah ditahan kerana terlibat dengan insiden yang menyebabkan tiga lelaki mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Supritendan, Awang Amit berkata pergaduhan itu tercetus apabila suspek didakwa berang dengan empat lagi rakannya yang minum di luar pusat karaoke dekat pasar ikan di sini.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 petang Ahad.

Awang berkata, polis sedang mencari individu lain yang terlibat dalam insiden itu dan percaya kesemua mereka bekerja di pasar ikan itu.



Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Manayon Palanok, 39, yang disepak di bahagian muka, menerima rawatan di hospital daerah Keningau manakala tiga lagi dirawat sebagai pesawat luar. -mStar

Alyah Jadi Mangsa Ragut, Diacu Pisau


Pelantun lagu Kisah Hati, Alyah melalui detik mencemaskan apabila diragut seorang lelaki bersenjatakan pisau dalam satu kejadian yang berlaku di Damansara pada 26 Mei lalu. Insiden berlaku ketika Alyah sedang berjalan bersendirian menuju ke sebuah kedai serbaneka 24 jam yang terletak kira-kira 20 meter dari tempat letak keretanya.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi pada Isnin minggu lalu. Salah saya juga sebenarnya sebab ‘gatal’ nak pergi ke kedai pada waktu begitu. Ketika itu saya berjalan seorang diri menuju ke kedai yang terletak berhampiran sebuah bank yang beroperasi 24 jam.

Kawasan di situ memang gelap dan baru saja berjalan, tiba-tiba beg tangan saya terus diragut. Kejadian memang berlaku sepantas kilat. Saya cuba melindungi beg saya, namun ketika menoleh muka saya terus dipukul tidak pasti sama ada dengan kayu ataupun lampu suluh sehingga saya terduduk. Apabila peragut tersebut mengacukan pisau di muka saya, saya terus mengalah,” ujar Alyah menceritakan detik cemas yang dihadapinya.

Menurut Alyah lagi, kejadian tersebut melibatkan dua orang lelaki di mana seorang lagi suspek sudah bersedia menunggu di motosikal. Akibat insiden itu, Alyah mengalami kerugian lebih RM5,000 apabila peragut melarikan beg tangannya yang mengandungi wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu, kad kredit, kunci kereta serta pelbagai barangan kecantikan diri edisi terhad.

“Saya redha kehilangan duit kerana bagi saya duit boleh dicari lagi. Tapi saya ralat kerana dalam banyak-banyak barang yang hilang, tasbih yang saya selalu bawa ketika menunaikan Umrah turut hilang. Secara peribadi, saya paling sayang dengan tasbih itu,” kata Alyah.

Penyanyi lagu ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ ini ketika ditemui GUA turut memberitahu dirinya kini trauma akibat kejadian tersebut dan mengakui sudah membuat laporan polis pada minggu lalu.

“Ini kali pertama saya melalui detik diragut dan sudah tentu sesiapa saja yang pertama kali menghadapi detik tersebut akan mengalami trauma dan fobia. Saya trauma selama enam hari di mana tiap-tiap malam saya akan terbangun kerana masih teringat dengan insiden yang berlaku,” tuturnya mengakhiri perbualan. -Sumber

Bapa Artis Popular Ditangkap Kerana Menipu


Shah Alam: Kegiatan bapa kepada artis wanita popular yang menyamar sebagai Datuk untuk menipu berakhir apabila dia ditahan sepasukan anggota polis di sebuah restoran di Bukit Tinggi, Klang, petang semalam. Lelaki berusia 60-an itu ditahan selepas laporan polis dibuat dua individu mendakwa ditipu selain melarikan wang berjumlah RM15,000 yang kononnya untuk proses mendapatkan permit pekerja.

Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang selepas usaha menjejakinya dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sejurus menerima laporan mangsa.

Difahamkan, suspek kini ditahan untuk soal siasat dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor Asisten Komisioner Chong Mun Phing mengesahkan penahanan itu dan menasihatkan mana-mana individu yang pernah berurusan dengan suspek tampil memberikan kerjasama.
Individu yang pernah ditipu suspek diminta tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat dan membongkarkan kegiatan dilakukan suspek sebelum ini.

Mangsa tidak perlu bimbang kerana semua butiran mereka dilindungi polis. Apa yang penting kegiatan suspek dapat dibanteras,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Difahamkan, soal siasat turut merangkumi pendedahan identitinya yang mendakwa bapa kepada seorang artis wanita yang memenangi anugerah dalam satu majlis baru-baru ini.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki yang mendakwa menerima gelaran Datuk daripada Sultan Selangor dan bapa kepada artis wanita popular dikesan ligat menipu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan peniaga yang mengupah warga asing sebagai pekerja untuk menyara kehidupan mewahnya sejak dua tahun lalu.

Lelaki itu turut mempunyai 23 rekod jenayah lampau membabitkan kes tipu di beberapa negeri di pantai timur dan mendakwa mempunyai ‘kuasa’ mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) membanteras PATI.

Dia dikatakan mengaut belasan ribu ringgit sebulan daripada mangsanya sebagai wang perlindungan kononnya dapat mengelak daripada ditahan Jabatan Imigresen.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan suspek yang turut menyamar sebagai bekas setiausaha di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menipu orang ramai.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan mereka yang berdepan dengan individu yang dimaksudkan ini diminta berhubung terus dengan pihak berkuasa,” katanya. -myMetro Online

Video Pelajar Perempuan Bergaduh Tersebar


Belum reda lagi kejadian buli di sekolah Kota Samarahan yang menjadi viral baru-baru ini, tersebar pula sebuah video yang membabitkan 2 orang pelajar perempuan yang tersebar di laman sosial.

12 jam yang lalu, tersebarnya sebuah video yang melibatkan dua orang pelajar perempuan sekolah menengah bergaduh di luar perkarangan sekolah.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Terengganu berdasarkan bahasa yang digunakan oleh dua pelajar perempuan terbabit.
Punca pergaduhan tidak dapat dikenalpasti. Namun, yang pasti ialah kedua-duanya bakal menjadi glamour tidak lama lagi.

Kejadian seperti ini semakin kerap berlaku di kalangan pelajar sekolah. Persoalannya, salah siapa & mana usaha mengatasi permasalahan ini?? - My Media Hub

[GAMBAR] Kemalangan Akibat Langgar Lampu Isyarat Merah


Nampaknya masih ramai yang berdegil untuk melanggar lampu isyarat sedangkan kita semua sudah tahu akan risik dan bahaya yang diambil.

Semalam Seoarang penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di persimpangan persimpangan lampu isyarat hadapan Hotel Concord Seksyen 9 Shah Alam kerana telah melanggar lampu isyarat merah lalu dirempuh oleh sebuah kenderaan lain. 






...